-->
« Leelou Blogs
CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
skip to main | skip to sidebar

CERITA HATI

About Me

My Photo
Cerita Hati
View my complete profile

Usim

  • ehadir
  • goals
  • ewarga
  • Ewadi
Powered by Blogger.

Thursday, 7 June 2012

Pesanan Rasulullah S.A.W Terhadap Wanita



Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2012 (9)
    • ▼  June (7)
      • JIKA KITA KAFIR, ADAKAH KITA AKAN MEMELUK ISLAM??
      • TODAY is EXAM!!
      • Pesanan Rasulullah S.A.W Terhadap Wanita
      • Kisah Wanita Sholehah Yang Buruk Rupa
      • Exam Oh Exam..
      • Prince & Princess of Bowl
      • Study Week
    • ►  March (2)

Followers

Popular Posts

  • Kisah Wanita Sholehah Yang Buruk Rupa
    Kisah Wanita Sholehah Yang Buruk Rupa, Meluluhkan Hati Sang Ulil Amri (Penguasa) Hingga Jatuh Hati Padanya Seorang gubernor pada zam...
  • PEMBUKA BICARA
    Assalamualaikum.w.b.t Alhamdulillah, syukur kerana akhirnya siap jugak buat blog.. tak pernah terlintas di fikiran ni nak buat blog.. apa...
  • Prince & Princess of Bowl
    Detik2 nk hbs sem 2 adalah hari yg menyedihkan n mengharukan terutama bila nk  berpisah dengan lecturer. begitu jgk dgn koko, 30 Mei a...
  • Study Week
    Assalamualaikum. sudah lama aku x menjejakkan kaki ke blog ini..sibuk dengan tugasan dan assignment...alhamdulillah sem 2 dh hbs..skrg teng...
  • Exam Oh Exam..
    Assalamualaikum.w.b.t.. tinggal  lg 3 hari nk exam.. aku baru start study...( xleh d pelajar contoh la.....hehe) yela mood nk study bar...
  • Pesanan Rasulullah S.A.W Terhadap Wanita
    Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita : 1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh...
  • Volunteer!!!….IKHLAS MEMBANTU!!!!
    Expo cheng ho 2010 adalah titik pertama lam hidup ku sebagai sukarelawan….(SUKA+RELA+WANT) singkatan bagi SUKARELAWAN….iaitu SAYA ...
  • TODAY is EXAM!!
    hari ni start exam. kul 2.30 ptg aku start exam paper yg pertama.... tp sempat ag post kt blog ni..hehe... alang2 dh on9, ase nk menjengu...
  • JIKA KITA KAFIR, ADAKAH KITA AKAN MEMELUK ISLAM??
    Ini satu persoalan untuk diri kita semua... Bayangkan.. Jika kita dilahirkan sebagai seorang yang kafir, adakah kita akhirnya aka...
 


Free Blogger Templates by Leelou Blogs | Dedicated Servers and Colocation Sponsored by Colocation America