Ini satu persoalan untuk diri kita semua...
Bayangkan.. Jika kita dilahirkan sebagai seorang yang kafir,
adakah kita akhirnya akan memeluk Islam? Jika kita sudah dilahirkan di dalam
sebuah keluarga kafir yang hidup di dalam kesenangan, kemewahan, dan penuh
kasih sayang, sanggupkah kita menolak semua itu semata-mata kerana Islam? Adakah
sanggup kita berpisah dengan ibu kita yang beragama lain, dan kita dibenci oleh
seluruh keluarga kita kerana memeluk Islam?
Maka tanya pada diri anda sendiri.. Adakah anda akan memeluk
Islam, jika anda asalnya kafir? Apakah yang membuatkan anda yakin dan pasti
bahawa anda akan memeluk Islam walaupun anda dilahirkan kafir?
Adakah perbuatan anda selama ini mencari Islam? Adakah anda
terpesona dengan keindahan Islam? Adakah anda mencari ilmu pengetahuan tentang
Islam? Yang sebenarnya, kita pentingkan Islam, atau kita pentingkan perkara
lain? Sehingga kita mengabaikan segala perintah Allah dan mengingkari
larangan-Nya?
Adakah kita ini Islam pada nama sahaja atau Islam hanya
sebab keturunan?
Ayuh bertanya pada diri sendiri dan saling bertukar pendapat.
Sama-samalah kita muhasabah diri kita. Sepatutnya kita bersyukur dilahirkan
sebagai seorang Muslim. Renung-renungkan..